RSS

Melazimi Jamaah Muslimin Dan Menjauhi Hizbiyyah(Parti & kelompok lain dalam Agama)

27 May

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman Radiallahu`anhu beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

“Dahulu orang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam tentang perkara kebaikan sementara aku bertanya kepadanya tentang perkara keburukan kerana aku takut keburukan itu menimpa aku,Aku berkata; Wahai Rasulullah,sesungguhnya kami dahulu ketika di zaman jahiliyyah penuh dengan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kepada kami kebaikan (yakni Islam) ini.Apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya”.Aku bertanya lagi: Apakah setelah keburukan tersebut ada kebaikan?.Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Ya tetapi terdapat Dakhn”.Aku berkata: Apa itu Dakhn? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Suatu kaum yang mengambil petunjuk bukan dengan petunjukku,kamu mengetahui mereka dan kamu mengingkari”.Aku bertanya lagi apakah setelah kebaikan tersebut terdapat keburukan lagi? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Ya,adanya da`i-da`i(pendakwah-pendakwah) yang menyeru kepada pintu –pintu Jahannam,barangsiapa yang menyambut seruan da`i tersebut maka akan menjerumuskannya ke dalam Jahannam.Aku berkata : Wahai Rasulullah,sebutkan kepada kami ciri-ciri da`i-da`I tersebut? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Mereka dari kalangan kita,dan berucap dengan ucapan kita”.Aku berkata: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku mendapati mereka? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “Engkau melazimi jama`ah kaum muslimin dan imam mereka.” Bagaimana jika aku tidak mendapati jama`ah dan imam? Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam menjawab: “ Kamu tinggalkan semua kelompok sehingga kamu menggigit akar kayu,sehingga kematian menjemputmu dan kamu dalam keadaan sedemikian(istiqamah).”HR Bukhari no:3606,7084, Muslim no:1847.

Diantara faedah-faedah ringkas yang dapat diambil dari hadis diatas ialah :

1.       Boleh bertanya dengan pertanyaan yang mengandung kemungkaran untuk mencegah diri dari terjerumus kedalamnya.

2.       Sentiasa berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah Sallallahu`alaihiwasallam.

3.       Tidak sepatutnya bagi seorang yang mukmin mengikut pendapat-pendapat para da’I atau ustaz yang menyalahi perintah Allah dan RasulNya. Hendaklah mendahului al-Quran dan as-Sunnah dengan pemahaman salafus soleh dari perkataan manusia lainnya.

4.       Sentiasa mendengar dan taat kepada pemerintah kaum muslimin dalam hal yang makruf.

5.       Menjauhi segala kelompok-kelompok atau parti-parti yang memecah belahkan persatuan kaum muslimin.

Al faqir illallah,

Abu az-zubair

Maahad Dar Al Quran Wal Hadeeth

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 27, 2011 in Manhaj

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: