RSS

Sutroh (pembatas) dalam solat dan kewajibannya

14 Jun

Pertanyaan: Apakah yang dimaksudkan dengan sutroh (pembatas) dalam solat?

Jawab: Sutroh adalah pembatas antara orang yang solat dengan kiblat sehingga tidak ada sesuatu yang melintasi antara orang yang solat dengan sutroh tersebut. Sutroh (pembatas) dapat berupa tembok, tiang, punggung manusia, haiwan yang menderum, tombak, atau sesuatu yang tingginya minimal setara dengan pelana unta (sekitar 25 cm) kecuali kuburan, sebab Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang solat (selain solat ghaib) menghadap kuburan.

Dan hukum meletakkan sutroh (pembatas) adalah wajib bagi imam dan munfarid (org yang solat sendirian baik laki2 maupun wanita), adapun bagi makmum tidak ada sutroh sebab cukup imamnya yang menghadap sutroh (pembatas).

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam berdiri untuk solat dalam keadaan beliau dekat dengan sutroh (pembatas). Jarak antara beliau dengan tembok adalah 3 dzira’ (hasta). (lihat HR.Bukhari dan Ahmad), sementara jarak antara tempat sujud beliau dengan tembok adalah seukuran seekor kambing (lihat HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “janganlah engkau solat kecuali (menghadap) sutrah (pembatas) dan jangan biarkan seorangpun melintasi di hadapanmu, kalau dia enggan (untuk dicegah) maka perangi (halangi sekuat tenaga) dia karena ada setan yang menyertainya.” (HR. Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya (1/93/1) dengan sanad yang jayyid (bagus).

Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda: “Apabila salah seorang diantara kalian solat menghadap ke sutroh maka hendaknya ia mendekati sutrohnya dan jangan sampai ada syaitan yang memutus solatnya.” (HR. Abu Dawud, Al-Bazzar (hal. 54 dalam zawaid karyanya), dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi dan An-Nawawi.

Terkadang Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam  memilih solat di sisi tiang yang ada di dalam masjid beliau (dan menjadikannya sebagai sutroh).

Al-Muhaddits Syaikh Al-Albani –rahimahullaah– berkata: “sutroh (pembatas) itu wajib bagi imam dan orang yang munfarid (solat sendirian), walaupun dalam masjid besar.”

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam ketika solat di tanah yang luas, tidak ada sesuatupun yang boleh dijadikan sutroh (pembatas), (maka) beliaupun menancapkan tombak di hadapannya lalu solat menghadap ke arahnya, sementara para sahabat bermakmum di belakang beliau (lihat HR. Bukhari,Muslim dan Ibnu Majah). Terkadang beliau menjadikan haiwan tunggangannya (dari unta) dalam posisi melintang kemudian solat menghadapnya (lihat HR. Bukhari dan Ahmad). Hal ini berbeza dengan solat di kandang atau tempat berkumpulnya unta kerana nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarangnya (lihat HR. Bukhari dan Ahmad).

Terkadang beliau menjadikan ar-rahl (pelana haiwan tunggangan) lalu meluruskannya dan solat kearah belakangnya (kayu dibelakang pelana). (HR. Muslim, Ibnu Khuzaimah (2/92), dan Ahmad.

Rasulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “apabila seorang diantara kalian telah meletakkan sesuatu di hadapannya seukuran kayu pada belakang pelana maka hendaknya ia solat dan tidak mempedulikan orang yang lewat dibelakang (pelana tsb).” (HR.Muslim dan Abu Dawud)

Sesekali beliau shalallaahu ‘alaihi wa sallam solat menghadap ke pohon (HR. An-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad shahih) dan terkadang beliau solat ke arah ranjang dalam keadaan Aisyah rhadhialaahu ‘anha berbaring di atasnya (di bawah selimutnya). (HR. Al-Bukhari, Muslim, dan Abu Ya’la)

Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah membiarkan sesuatupun lewat di hadapan beliau (ketika solat). Suatu ketika Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang solat tiba-tiba ada seekor kambing berusaha melintasi dihadapannya maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pun maju mendahuluinya hingga perut beliau menempel ke dinding (sehingga kambing tersebut lewat di belakang beliau. (HR. Ibnu Khuzaimah dalam shohih-nya (1/95/1), At-Thabrony (3/140/3), dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi). Beliau pun pernah menggenggamkan tangannya ketika solat fardhu, maka tatkala selesai solat para sahabat bertanya, “wahai Rasulullaah, apakah telah terjadi sesuatu didalam solat?” beliau menjawab, “Tidak! Melainkan ada syaitan hendak melintasi di hadapanku maka aku pun mencekiknya hingga tanganku merasakan dingin lidahnya. Demi Allah! Kalau saja saudaraku, Nabi Sulaiman ‘alaihi salam, tidak mendahuluiku nescaya akan kuikat syaitan itu di dalam satu tiang masjid ini hingga anak-anak penduduk Madinah mengerumuninya. Maka barangsiapa yang mampu memasang sutroh dihadapannya, maka lakukanlah.” (HR. Ahmad, Ad-Daraquthny dan At-Thabrony dengan sanad yang sahih. Hadits ini secara makna telah dikeluarkan dalam Ash-Shohihain dan selain keduanya dari sekelompok sahabat).

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda: “Apabila salah seorang diantara kalian solat menghadap sesuatu yang ia gunakan sebagai sutroh untuk menghalangi orang untuk melintasinya, kemudian ada sesorang hendak melintasi di hadapannya, maka tahan dia pada lehernya  [dan tolak ia semampunya] (dalam riwayat lain: cegahlah ia sebanyak dua kali) kalau ia masih degil maka perangilah kerana dia adalah syaitan.” (HR. Bukhari-Muslim. Sementara riwayat lain adalah milik Khuzamah (1/94).

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “kalau seandainya orang yang melintasi di depan orang yang sedang solat mengetahui apa yang akan menimpanya (dalam dosa), nescaya ia sanggup berdiri 40 (tahun) kerana hal itu lebih baik baginya daripada melintasi di hadapan orang yang solat.” (HR. Bukhari-Muslim. Sementara riwayat lain adalah milik Khuzamah (1/94).

Oleh itu hukum meletakkan sutroh (pembatas) adalah wajib bagi imam dan munfarid (orang yang solat bersendiri baik lelaki maupun wanita),  wallahu ta’ala a’lam

Sumber : Sifat Solat Nabi, Syaikh Al-Albani  –Rahimahullaah

 

 

 

 


 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 14, 2011 in Fiqh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: