RSS

Mengenal Dakwah Salafiyah

22 Jun

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله وحده , والصلاة والسلام على من لا نبي بعده , وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه
أما بعده

Tugas mengajak manusia kepada agama Allah merupakan kerja yang mulia. Sesiapa yang melakukannya sebagaimana yang dituntut oleh syara’ berhak mendapat pujian daripada Allah ‘azza wa jalla dan ganjaran yang besar. Firman Allah :

ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين
 ”Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan melakukan amalan yang soleh dan dia berkata sesungguhnya aku adalah dikalangan orang-orang muslim“- [Fusshilat: 33]

Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di dalam ayat di atas merupakan orang yang dipuji Allah iaitu :

1.   Mereka menyeru kepada agama Allah, bukan kepada diri mereka sendiri atau fahaman mereka atau kumpulan mereka dan sebagainya. Inilah yang dinamakan ikhlas di dalam ibadat.

2.   Melakukan amalan yang soleh. Orang yang mengajak kepada kebaikan akan tetapi tidak beramal dengannya merupakan orang yang dicela dan dibenci oleh Allah taala. Firman-Nya :

أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون
Adakah kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan lupakan kepada diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca Kitab. Apakah kamu tidak memikirkannya“-[Al-Baqarah: 44]
يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون * كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون
Wahai orang-orang yang beriman…kenapakah kamu mengatakan perkara yang tidak kamu buat * Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan perkara yang tidak kamu lakukan“- [As-Shoff: 2/3]

3.   Menjadi seorang muslim ; ertinya tunduk dan patuh kepada perintah Allah ‘azza wa jalla.

Para rasul melakukan tugas dakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Pengikut mereka juga dituntut melakukan tugas tersebut kerana melalui dakwah yang disampaikan manusia akan mengetahui kebenaran yang dibawa oleh para rasul, dapat membezakan di antara perkara yang haq dengan yang batil seterusnya selamat daripada jalan-jalan yang menyesatkan.  Orang yang melakukan tugas tesebut merupakan orang yang memperolehi kejayaan. Firman Allah :

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون
Dan hendaklah ada dikalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang berjaya“-[Al-Imran:104]

Nabi kita Muhammad telah melaksanakan tugas tersebut sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Begitu juga para sahabat, mereka menyambung tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Namun pada zaman mereka muncul golongan yang juga mendakwa menyeru kepada agama Islam akan tetapi dengan kefahaman mereka sendiri. Mereka mentafsirkan agama mengikut akal dan hawa nafsu mereka dengan mengenepikan kefahaman para sahabat yang mengambil agama ini terus daripada Rasulullah lalu mereka sesat dan menyesatkan. Di antara kumpulan tersebut adalah khawarij dan qodariyah. Semenjak dari itu muncullah kumpulan dakwah yang berbagai-bagai menyeru kepada agama yang berlainan dengan apa yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya, berlainan dengan apa yang difahami oleh generasi terawal dikalangan sahabat, tabi’en dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka. Benarlah apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah di dalam hadis :

وإن هذه الملة ستفترق على ثلاث وسبعين , ثنتان وسبعون فى النار وواحدة فى الجنة
Dan agama ini akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan berada di dalam neraka dan satu berada di dalam syurga“- [silsilah sahihah no:204]

Rasulullah menyatakan bahawa hanya satu kumpulan sahaja yang selamat daripada neraka. Kumpulan inilah yang berada di atas jalan yang lurus dan memahami agama ini dengan kefahaman yang betul. Siapakah mereka? Di dalam hadis di atas, apabila Rasulullah ditanyakan siapakah golongan yang terselamat tersebut baginda menjawab : mereka ialah orang yang berada di atas caraku dan sahabatku (rujuk keterangan bagi hadis di atas dalam kitab silsilah sohehah). Hadis ini menunjukkan bahawa cara sahabat-sahabat Rasulullah dan kefahaman mereka amat penting bagi umat Islam seandainya mereka ingin selamat daripada terjerumus ke dalam neraka. Ayat Al-Quran dan hadis yang menyatakan tentang ini amat banyak. Di antaranya firman Allah :

والسابقون الأولون من المهاجرين والأنصار والذين اتبعوهم بإحسان رضي الله عنهم ورضوا عنه وأعد لهم جنات تجري تحتها الأنهارخالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم
Generasi yang mendahului dan terawal dikalangan muhajirin dan Anshor dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka dengan cara terbaik, Allah redho dengan mereka dan mereka redho dengan Allah. Allah sediakan buat mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kejayaan yang amat besar” -[ At-Taubah:100]

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang berada di kurunku. Kemudia mereka yang selepasnya dan kemudian mereka yang selepasnya…“- [riwayat Al-Bukhori dan Muslim]

Mereka inilah yang dipanggil ‘Salafus Soleh”. Generasi terbaik dan diredhoi Allah inilah yang diperintahkan kepada kita supaya mengikuti jejak langkah mereka. Inilah jalan yang lurus. Dakwah yang mengajak kepada memahami agama ini berdasarkan kefaham salafus soleh dipanggil dakwah salafiyah.

Manhaj (jalan atau cara) yang menjadikan salafus soleh sebagai sumber rujukan mereka dalam memahami Al-Quran dan Hadis dipanggil Manhaj Salafi.

Barokallohu fikum
Oleh: Abu Auzaie Zulhizam Al-Bahanji

Sumber : http://abuabdillahauzaie.wordpress.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 22, 2011 in Manhaj

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: