RSS

Adab Ketika Bersendawa

03 Aug

mmexport1438624828361Di antara adab yang perlu dititik beratkan oleh seorang muslim adalah menahan sendawa di depan orang lain. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar radiallahu anhuma, dia berkata:”Ada seorang lelaki yang bersendawa di hadapan Rasulullah sallahu’alaihi wa salam lantas beliau bersabda:

كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شَبْعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوْعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tahanlah sendawamu dari kami, ini kerana orang yang sentiasa kenyang di dunia adalah orang yang paling lama laparnya di hari kiamat” (HR Tarmidzi no.2478, Ibnu Majah no.3350) Dihasankan oleh Syaikh al-Albany, al-Baghawy dalam Syarhus Sunnah” no.4049

Tambahan lagi jika sendawa itu disertai dengan bunyi yang kuat ataupun bau yang kurang menyelesakan pasti orang sekelilingnya akan terganggu.

Maka seharusnya seseorang muslim yang sentiasa menjaga adab dan perilaku, ketika hendak bersendawa di hadapan orang lain haruslah berusaha menahannya, akan tetapi kalau tidak mampu untuk  bertahan maka seeloknya dia meletakkan tangan atau sapu tangan di mulutnya.

Juga muncul pertanyaan kepada Syaikh al Utsaimin tentang hukum mengucapkan “Alhamdulillah” ketika sendawa.

Maka beliau menjawab: “Apabila seseorang itu bersendawa atau menguap maka tidak ada zikir tertentu yang diucapkan, adapun ucapan orang ramai ketika bersendawa mengucapkan “Alhamdulillah” atau “Alhamdulillah ala kulli haal” , maka tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa bersendawa dianjurkan mengucap “Alhamdulillah”, begitu juga ketika menguap mereka mengucapkan “A’udzu billahi minas syaithanirrajiim” , ini tidak ada dalilnya serta tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa Nabi melakukan hal itu…”(Silsilah Liqa’ Babil Maftuh  juz.22)

Wallahu’alam..

Al faqir Ilallah

Abu az Zubair

5 Syawwal 1436H

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 3, 2015 in Hadith, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: