RSS

Elakkan Pembaziran Ketika Berwudhu!

03 Aug

wudhuDiriwayatkan bahawa Rasulullah sallahu’alaihi wa salam pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda  sallahu’alaihi wa salam bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda  sallahu’alaihi wa salam menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”(HR Ahmad)

Juga didalam satu hadis Rasulullah sallahu’alaihi wa salam telah mengkhabarkan, “Sesungguhnya akan ada di kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.” (HR  Abu Daud)

Melalui hadis ini, jelas  Rasulullah sallahu’alaihi wa salam melarang kita daripada melakukan pembaziran ketika berwudhu. Namun dimanakah kesedaran kita mengenai hal ini?

Kebanyakan daripada kita akan membuka  pili air dengan penuh sehingga air memgalir keluar dengan laju dan deras ketika hendak mengambil wuduk, sampaikan pakaian turut juga “berwudhu”. Sedarkah kita ini amalan syaitan kerana telah membazirkan air? Firman Allah ;

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧﴾

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (QS: al-Isra’ ayat 27).

Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak sedar kita sedang melakukan dosa. Orang yang membazir termasuk dikalangan orang melakukan dosa.

Wudhu pada asasnya adalah tuntutan didalam agama, membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika dalam masa yang sama ‘mengotorkan’ dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan membazir ini.

Justeru, hendaklah kita memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama. Wallahu’alam..

Al faqir Ilallah

Abu az Zubair

7 Syawwal 1436H

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 3, 2015 in Fiqh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: