RSS

Gabungkan Puasa Qadha Dan Sunat?

03 Aug

Soalan rutin tahunan yang selalu diajukan tatkala memasuki bulan Syawwal; “bolehkah kita mengabungkan puasa qadha’ (yang wajib) dengan puasa sunat syawwal?” Maka haruslah kita ketahui bahawa perbuatan ini lansung tidak dicontohi pada zaman Rasulullah sallahu’alaihi wa salam dan para sahabatnya, tabi’in serta tabiut tabi’in..

Di dalam hadis jelas Rasulullah sallahu’alaihi wa salam bersabda, “Barangsiapa yang mengada-adakan hal baru di dalam perkara kami yang tidak ada dalil didalamnya, maka tertolak” (HR Bukhari dan Muslim). Juga hadis, “Barangsiapa mengerjakan apa-apa tanpa adanya perintah dari kami, maka perbuatannya itu tertolak” (HR Muslim)

Jika kita mengatakan boleh gabungkan puasa qadha’ (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat sunat lainnya. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

Tindakan Ummul Mukminin  Aisyah radhiallahu anha yang melewatkan puasa qadha’ seperti yang telah masyhur didalam hadis juga boleh dijadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha’ dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah radhiallahu anha tidak menggabungkannya)

Maka ajaran Islam telah tersedia kaidah-kaidah yang menutup pintu-pintu kesesatan dari sumber-sumber bencana atau fitnah agar menjadi  petunjuk kepada jalan yang jelas buat masyarakat sebagai ganti dari sumber kehancuran dan kesengsaraan.

Maka hayatilah hadis yang agung dari junjungan mulia kita, sallahu’alaihi wa salam ; “Hendaknya kalian semua mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa ar Rasyidin yang diberi petunjuk setelahku. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru, kerana semua perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Al Faqir ilallah,

Abu az Zubair

13 Syawwal 1436H

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 3, 2015 in Fiqh, Hadith, Muslimah

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: