RSS

Mudahnya Kalian Wahai Muslimah Meraih Syurga!

03 Aug

mmexport1438621367456Rasulullah sallahu’alaihi wa salam telah memberikan khabar gembira buat kaum wanita, berupa sebuah hadis penghormatan tertinggi bagi muslimah yang ingin meraih syurga.

عَنْ عَبدُالرَّحْمَن بن العوف

اَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ

اِذَا صَلَّتِ الْمِرَأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا

وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَاطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيْلَ لَهَا

أُدْ خُلِى الْجَنَّةَ مِنْ اَيِّ اَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallahu’alaihi wa salam bersabda :

“Jika seorang wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatannya

dan mentaati suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang engkau inginkan.” (HR Ahmad dan Thabarani)

Subhanallah, mudahnya seseorang wanita untuk menjejakkan kakinya ke syurga, hanya berbekalkan empat perkara, bila dilakukan dengan ikhlas dan sesuai syariat Islam, maka ganjaran surga bukan lagi sebatas impian. Syurga dengan segala isinya ini memang hanya diperuntukan buat mereka yang mengetahui jalannya lalu berani membayar “harga” untuk mendapatkannya.

Namun Rasulullah sallahu’alaihi wa salam telah mengambarkan juga tentang keadaan di dalam neraka yang banyak dihuni oleh kaum wanita. Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah sallahu’alaihi wa salam dan para sahabatnya melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang, Rasulullah sallahu’alaihi wa salam melihat Syurga dan Neraka.

Ketika Baginda sallahu’alaihi wa salam melihat Neraka, lantas terus bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”

Baginda sallahu’alaihi wa salam  menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamatlah akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka benar-benar ia telah menang lagi beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Ali ‘Imran 3: 185)

Maka wahai kaum muslimah, jalan mu untuk menuju ke syurga sudah tersedia dihadapan mu, maka bersegeralah persiapkan dirimu untuk melakukan ketaatan dan tunduk kepada hukum-hukum Allah. Janganlah kamu mensia-siakan nikmat kemenangan yang abadi. Jadikanlah dirimu termasuk golongan manusia yang berjaya. Wallahu’alam..

Al faqir Ilallah

Abu az Zubair

7 Syawwal 1436H

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 3, 2015 in Muslimah, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: