RSS

Jagalah Adab Mu Wahai Muslimah Tatkala Di Luar Rumah

06 Aug

PicsArt_1438755903454Saudariku muslimah (semoga kalian sentiasa didalam rahmat Allah), syariat telah menetapkan engkau harus tinggal di rumah, namun bila ada keperluan yang diperbolehkan bagi kalian untuk keluar atas keperluan tertentu maka perhatikanlah adab-adab yang telah digariskan oleh syariat ini:

Pertama: Memakai hijab syar’i yang menutup aurat.

Allah Ta’ala berfirman:

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِيْنَ يُدْنِيْنَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيْبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan puteri-puterimu serta wanita-wanita mukminah: Hendaklah mereka mengenakan jilbab-jilbab ke atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih layak bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita solehah) sehingga mereka tidak diganggu” (QS. Al Ahzab: 59)

Kedua: Jangan memakai wangi-wangian.

Janganlah memakai wangian ketika melangkah keluar dari rumah. Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلاَ تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الآخِرَةَ

“Para wanita yang memakai wangian, maka janganlah dia menghadiri solat Isyak bersama kami” (HR. Muslim 444).

Dari Abu Musa Al Asy’ary bahawasanya ia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

“Seorang perempuan yang memakai wangian lalu melewati sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang dipakainya maka perempuan tersebut adalah seorang wanita pezina” (HR. An Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Disahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahihul Jami’ 323)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ. وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا

“Setiap mata itu berzina. Bila seorang wanita memakai wangian kemudian ia melewati kumpulan lelaki (yang bukan mahramnya) maka wanita itu begini dan begitu.” (HR. Tirmidzi 2937. Disahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Sahih Sunan At Tirmidzi 2237)

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِقَوْمٍ لِيَجِدُوْا رِيْحَهَا فَهيِ َ زَانِيَةٌ

“Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian, kemudian ia melewati satu kaum agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu pezina.” (HR Ahmad 4/414, dihasankan oleh Syaikh Muqbil dalam al Jami’us Shahih 4/311)

Ketiga: Berjalanlah dengan sopan

Ketika berjalan, berusahalah untuk tidak dengan menggesel-geselkan sandal/sepatu dengan sengaja dan jangan pula menghentak-hentakkan kaki agar terdengar suara gelang kaki, kerana Allah Ta’ala berfirman:

وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِيْنَ مِنْ زِيْنَتِهِنَّ

“Dan janganlah mereka (para wanita) memukulkan kaki-kaki mereka ketika berjalan agar diketahui apa yang disembunyikan dari perhiasan mereka.” (QS. An Nur: 31)

Jangan pula engkau berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menarik perhatian pandangan lelaki kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengabarkan:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإذَا خَرَجَتْ اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. Tirmidzi 1183, disahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Irwaul Ghalil 273)

Keempat: Hendaklah keluar rumah dengan izin suaminya.

Apabila seseorang wanita itu telah menikah, maka ianya wajib meminta izin kepada suami ketika hendak keluar dari rumah, termasuk ketika mahu ke masjid. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعْهَا

“Apabila isteri salah seorang dari kalian meminta izin untuk ke masjid maka janganlah ia melarangnya.” (HR. Bukhari 873 dan Muslim 442)

Kelima: Jika melakukan perjalanan jauh wajib bersama mahram.

Bila jarak perjalanan yang ditempuh adalah jarak safar maka wanita wajib bersama mahram kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَلاَ تُسَافِرِ الْمَرْأَةُ إِلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ

“Tidak boleh seorang wanita bersafar kecuali bersama mahramnya.” (HR. Muslim 1341)

Keenam: Menjaga pandangan dan merendahkan suara

Hendaklah memelihara pandangan mata, jangan mengarahkan pandangan ke kiri dan ke kanan kecuali bila ada keperluan, kerana Allah Ta’ala berfirman:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah: Hendaklah mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka…” (QS. An Nur: 31)

Apabila berjalan sesama wanita sementara di sana ada lelaki, hendaklah jangan berbicara yang boleh mengundang fitnah (banyak dikalangan kalian yang mengalunkan suara yang lunak ketika berbicara dengan lelaki, Allahu musta’an -pent. ). Demikianlah yang Allah Ta’ala perintahkan dalam firman-Nya:

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا

“Maka janganlah kalian melemah lembutkan suara ketika berbicara sehingga berkeinginan jahat orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS. Al Ahzab: 32)

Saudariku muslimah, demikianlah beberapa adab Islam yang sepatutnya diperhatikan saat mahu keluar dari rumah. Sungguh kemuliaan akan diraih bila senantiasa berpegang dengan adab yang diajarkan agama Islam sesuai tuntunan Al Quran dan As Sunnah. Sebaliknya kehinaan dan fitnah akan terjadi ketika ajaran agama telah jauh ditinggalkan.

*Jika kita pergi ke kedai emas adakah ianya (emas tersebut) dipamerkan diluar bekas yang mudah dipegang oleh setiap pengunjung? Sudah tentulah tidak! Ianya disimpan ditempat yang paling selamat sehinggakan diupah pengawal yang lengkap bersenjata bagi memastikan ianya selamat. Itu hanyalah sekadar emas, perhiasan wanita, maka seharusnya kamu wahai muslimah lebih berharga dari emas tersebut..wallahu’alam..-pent.

والله أستعين في كل عمل
إليه قصـدي وعليه المتكل

Dan kepada Allah aku memohon bantuan dalam setiap amal,
KepadaNya tujuanku dan ke atasnya aku bertawakkal!

Diterjermah dari risalah yang ditulis oleh Dr Adika Mianoki.

Abu az Zubair

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 6, 2015 in Hadith, Muslimah, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: