RSS

Janganlah mencela makanan!

06 Aug

PicsArt_1435312101706“Eh, makanan ni tak sedap la!” “Makanan ini rasa kurang enak la!” Seringkali kita mengeluh apabila makan sesuatu yang tidak sedap atau tidak mengikut selera kita.

Taukah kita bahawa Rasulullah sallahu’alaihi wa salam melarang kita mencela makanan? Nabi sallallahu’alaihi wa salam tidak pernah mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap masakan ataupun makanan. Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ

“Rasulullah sallallahu’alaihi wa salam tidak pernah mencela makanan sama sekali.” (HR Bukhari dan Muslim)

Apabila sesuatu makanan telah siap terhidang maka Rasulullah sallahu’alaihi wa salam memakannya. Jika makanan tersebut tidak memenuhi citarasa, beliau tidak menjamahnya tanpa mengeluarkan perkataan yang kurang enak terhadapnya.

كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

“Kalau beliau menyukainya, maka akan beliau makan. Dan jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sallahu’alaihi wa salam menghormati perasaan orang yang telah menyediakan masakan tersebut. Rasulullah Sallallahu’alaihi wa salam tidak suka mencela hasil kerja orang yang akan pastinya akan menguris hatinya.

Maka sepantasnya umat Islam yang mengakui mencintai Allah dan Rasul mencontohi petunjuk junjungan mulia kita.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali Imran:31)

Al faqir Ilallah
Abu az Zubair
9 Ramadhan 1436H

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 6, 2015 in Hadith, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: