RSS

Zakat Fitrah Dengan Wang, Bolehkah?

06 Aug

Membayar zakat fitrah dengan wang atau beras (makan ruji), manakah yang menepati saranan Rasulullah sallahu’alaihi wa salam?

Telah menjadi khilaf dikalangan ulama’ tentang isu membayar zakat fitrah. Kebanyakkan rakyat di Malaysia lebih memilih untuk membayar dengan wang malahan pihak berwajib juga ‘lebih selesa’ menerima wang dari beras yang merupakan makanan rugi rakyat Malaysia.

Seharusnya kita sebagai hamba yang mengakui mencinyai Allah serta umat yang menjunjung ajaran Rasulullah sallahu’alaihi wa salam berusaha untuk mencontohinya dalam kehidupan harian.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali Imran:31)

Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhu; beliau mengatakan, “Rasulullah sallahu’alaihi wa salam mewajibkan zakat fitri, berupa satu sha’ kurma kering atau gandum kering ….” (HR Bukhari dan Muslim)
“Rasulullah sallahu’alaihi wa salam mewajibkan zakat fitri, … sebagai makanan bagi orang miskin .…” (HR. Abu Daud, dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani)
Dari Abu Said Al Khudri radhiallahu anhu; beliau mengatakan, “Dahulu kami menunaikan zakat fitri dengan satu sha’ bahan makanan, satu sha’ gandum, satu sha’ kurma, satu sha’ keju, atau satu sha’ anggur kering.” (HR Bukhari dan Muslim)
Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu mengatakan, “Dahulu di zaman Nabi sallahu’alaihi wa salam, kami menunaikan zakat fitri dengan satu sha’ bahan makanan.” Kemudian Abu Sa’id mengatakan, “Dan makanan kami dulu adalah gandum, anggur kering (zabib), keju (aqith), dan kurma.” (HR Bukhari no. 1439)
Abu Hurairah radhiallahu anhu mengatakan, “Rasulullah sallahu’alaihi wa salam menugaskanku untuk menjaga zakat Ramadan (zakat fitri). Kemudian datanglah seseorang mencuri makanan, lalu aku berhasil menangkapnya ….”(HR. Bukhari, no. 2311)

Selain itu para Imam mazhab juga menegaskan sepertimana perkataan Imam Malik, “Tidak sah jika seseorang membayar zakat fitri dengan mata wang apa pun. Tidak demikian yang diperintahkan Nabi.” (Al-Mudawwanah Syahnun)

Imam Malik juga mengatakan, “Wajib menunaikan zakat fitri senilai satu sha’ bahan makanan yang umum di negeri tersebut pada tahun itu (tahun pembayaran zakat fitri).” (Ad-Din Al-Khash)

Imam Syafi’i mengatakan, “Pembayaran zakat fitri wajib dalam bentuk satu sha’ dari umumnya bahan makanan di negeri tersebut pada tahun tersebut.” (Ad-Din Al-Khash)

Abu Daud mengatakan, “Imam Ahmad ditanya tentang pembayaran zakat mengunakan dirham. Beliau menjawab, “Aku khawatir zakatnya tidak diterima kerana menyelisihi sunah Rasulullah.” (Masail Abdullah bin Imam Ahmad; dinukil dalam Al-Mughni, 2:671)

Dari Abu Thalib, bahwasanya Imam Ahmad berkata kepadaku, “Tidak boleh memberikan zakat fitri dengan nilai mata wang.” Kemudian ada orang yang berkata kepada Imam Ahmad, “Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa Umar bin Abdul Aziz membayar zakat menggunakan mata wang.” Imam Ahmad lantas marah dan mengatakan, “Mereka meninggalkan hadis Nabi dan berpendapat dengan perkataan fulan. Padahal Abdullah bin Umar mengatakan, ‘Rasulullah mewajibkan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum.’ Allah juga berfirman, ‘Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.’ Ada beberapa orang yang menolak sunah dan mengatakan, ‘Fulan ini berkata demikian, Fulan itu berkata demikian.” (Al-Mughni, Ibnu Qudamah, 2:671)

Juga perkataan beberapa ulama lain dalam isi ini adalah:

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Allah mewajibkan pembayaran zakat fitri dengan bahan makanan sebagaimana Allah mewajibkan pembayaran kafarah dengan bahan makanan.” (Majmu’ Fatawa)
Taqiyuddin Al Husaini Asy Syafi’i, penulis kitab Kifayatul Akhyar (kitab fikh mazhab Syafi’i) mengatakan, “Syarat sah pembayaran zakat fitri mestilah berupa biji (bahan makanan); tidak sah menggunakan mata wang, tanpa ada perselisihan dalam masalah ini.” (Kifayatul Akhyar, 1:195)
Imam Nawawi mengatakan, “Ishaq dan Abu Tsaur berpendapat bahwa tidak boleh membayar zakat fitri menggunakan wang kecuali dalam keadaan darurat.” (Al-Majmu’)
Imam Nawawi juga mengatakan, “Tidak sah membayar zakat fitri dengan mata wang menurut mazhab kami. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Malik, Ahmad, dan Ibnul Mundzir.” (Al-Majmu’)
Asy Syairazi Asy Syafi’i mengatakan, “Tidak boleh menggunakan nilai mata wang untuk zakat kerana kebenaran adalah milik Allah. Allah telah mengkaitkan zakat sebagaimana yang Dia tegaskan (dalam firman-Nya), maka tidak boleh mengganti hal itu dengan selainnya. Sebagaimana berkorban, ketika Allah kaitkan hal ini dengan binatang ternakan, maka tidak boleh menggantinya dengan selain binatang ternak.” (Al-Majmu’)
Ibnu Hazm mengatakan, “Tidak boleh menggunakan wang yang senilai (dengan zakat) sama sekali. Juga, tidak boleh mengeluarkan satu sha’ campuran dari beberapa bahan makanan, sebahagian gandum dan sebahagian kurma. Tidak sah membayar dengan nilai mata wang sama sekali kerana semua itu tidak diwajibkan (diajarkan) Rasulullah.” (Al-Muhalla bi Al-Atsar, 3:860)
Asy Syaukani berpendapat bahwa tidak boleh menggunakan mata wang kecuali jika tidak memungkinkan membayar zakat dengan bahan makanan.” (As-Sailul Jarar, 2:86)
Di antara ulama abad ini yang mewajibkan membayar dengan bahan makanan adalah Syaikh Ibn Baz (mantan Mufti Arab Saudi), Syaikh Ibn Utsaimin, Syaikh Abu Bakr Al Jazairi, serta yang lainnya. Mereka mengatakan bahwa zakat fitri tidak boleh dibayarkan dengan selain makanan dan tidak boleh menggantinya dengan wang, kecuali dalam keadaan darurat, kerana tidak terdapat riwayat bahwa Nabi mengganti bahan makanan dengan mata wang. Bahkan tidak dinukil dari seorang pun sahabat bahwa mereka membayar zakat fitri dengan mata wang. (Minhajul Muslim, hlm. 251)

Di zaman Rasulullah sallahu’alaihi wa salam dan para sahabat radhiallahu anhum sudah tersedia wujud mata wang dinar dan dirham.

Akan tetapi apa yang praktikkan oleh Rasulullah sallahu’alaihi wa salam dan para sahabatnya adalah zakat fitri.ditunaikan menggunakan bahan makanan, bukan menggunakan dinar atau dirham. Padahal beliau adalah orang yang paling memahami keperluan umatnya dan yang paling mengasihi insan yang fakir miskin.

Allah berfirman tentang beliau, yang bermaksud, “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat berbelas kasi lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (Q.s. At-Taubah:128)

Siapakah diantara kita yang lebih memahami belas kasihan melebihi Nabi sallahu’alaihi wa salam?

Al faqir Ilallah
Abu az Zubair
22 Ramadhan 1436HRUMUS TEPAT CARA MENGHITUNG ZAKAT FITRAH

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 6, 2015 in Fiqh, Hadith

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: