RSS

Fa Thuuba Lil Ghuroba’

19 Aug

PicsArt_1439909227082Manusia yang terasing kerana menjadikan sunnah sebagai acuan hidup ditengah manusia yang sekelilingnya jauh dari pertunjuk sunnah dan lebih akrab dengan bid’ah, maka bersabarlah wahai kaum yang asing (al ghuroba’) itu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan khabar gembira buat kamu. Biarkan mereka mengejek, menghina dan mencemuh hanya kerana kita menyelisihi adat nenek moyang yang jauh dari syariat Islam yang haq. Sesungguhnya kita hanya mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala semata bukan keredhaan dan pujian manusia sekeliling.
Allah telah mengabarkan bahawa jika kita menuruti kebanyakkan manusia bukanlah jaminan kebahagiaan seperti didalam firmanNya

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)” (QS. al An’am: 116)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi khabar gembira kepada golongan yang asing yakni yang berada diatas petunjuk sunnah melalui hadisnya,

بَدَأَ الإِسلامُ غريبًا، وسَيَعُودُ غريبًا كما بدَأَ ، فطُوبَى للغرباءِ

“Islam muncul dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti saat mula kemunculannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”. (HR. Muslim)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ « إِنَّ الإِسْلاَمَ بَدَأَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ». قَالَ قِيلَ وَمَنِ الْغُرَبَاءُ قَالَ النُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ. قال الشيخ الألباني : صحيح دون قال قيل

“Sesungguhnya Islam muncul dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti saat kemunculannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”. Seseorang bertanya : “Siapakah orang-orang yang asing itu ya Rasulullah? “Mereka yang “menyempal” (berseberangan) dari kaumnya”(HR. Ibnu Majah, Ahmad & Ad Darimi disahihkan oleh Syaikh Al Albani )

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ «إِنَّ الدِّينَ بَدَأَ غَرِيبًا وَيَرْجِعُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ مِنْ بَعْدِى مِنْ سُنَّتِى ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

“Sesungguhnya Islam muncul dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti saat kemunculannya. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing”. Seseorang bertanya : “Siapakah orang-orang yang asing itu ya Rasulullah ? “Orang-orang yang selalu memperbaiki (melakukan islah) di saat manusia berpaling dari sunnah-sunnah ku”(HR. At Tirmidzi dinilai hasan oleh Imam At Tirmidzi)

« طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ». فَقِيلَ مَنِ الْغُرَبَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « أُنَاسٌ صَالِحُونَ فِى أُنَاسِ سَوْءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أَكْثَرُ مِمَّنْ يُطِيعُهُمْ » ﴿رَوَاهُ أحمد ﴾ تعليق شعيب الأرنؤوط : حسن لغيره مكرر

“Beruntunglah orang-orang yang terasing”. Seseorang bertanya : “Siapakah orang-orang yang terasing itu ya Rasulullah ? “Orang-orang soleh yang berada di antara orang-orang fasik yang jumlahnya banyak sekali. Yang menentang mereka lebih banyak dibandingkan yang mengikuti ”(HR. Ahmad)

فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْغُرَبَاءُ؟ قَالَ :”الَّذِينَ يُصْلِحُونَ عِنْدَ فَسَادِ النَّاسِ

“Siapakah orang-orang yang terasing itu ya Rasulullah ? “Orang-orang yang selalu memperbaiki (amar ma’ruf dan nahi munkar) di saat manusia dalam keadaan rosak” (HR. Thabrani dengan periwayat yang terpercaya /shahih)

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata: “Kamu jangan merasa rendah diri kerana menempuh jalan yang benar walaupun sedikit orang yang menempuhnya, dan kamu jangan tertipu dengan yang bathil walaupun banyak orang yang mengamalkannya.” (Minhajul Taksis wat Taqdis fi Kasfi Syubuhat, Dawud bin Jarjis: 1/84)

Wa akhirul qalam, fa thuuba lil ghuroba’ ..maka berbahagialah bagi kaum ghuroba’ yakni orang-orang yang asing yang berdiri diatas kebenaran..

Abu az Zubair

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 19, 2015 in Hadith, Manhaj

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: