RSS

Berilmu Sebelum Beramal Dan Mendakwahkannya (Menyebarkannya)

30 Aug

d8a5d986-d987d8b0d8a7-d8a7d984d8b9d984d985-d8afd98ad986-d981d8a7d986d8b8d8b1d988d8a7-d8b9d985d986-d8aad8a3d8aed8b0d988d986-d8afd98ad986Pada ketika dan saat ini ramai dikalangan ikhwan dan akhwat yang bersemangat terjun ke medan dakwah mengajak manusia kembali mempratikkan Islam melalui pelbagai sumber termasuk dimedia sosial. Disatu sisi tampak kebaikkan yang mereka lakukan iaitu al`amru bil-ma’ruf wannahyu’anil-mun’kar. Namun sayang, kebanyakkan mereka berjaya menyelamatkan umat dari melakukan dosa-dosa maksiat tapi lantas terjun ke amalan bid’ah dan syirik. Punca utama kepada “penyakit” yang kronik ini adalah jahilnya mereka didalam agama.

Salah seorang ulama Salaf yang terkenal, Imam Sufyan ats Tsauri rahimahullah (161H) pernah berkata, “Perbuatan bid’ah lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan. Pelaku kemaksiatan masih mungkin untuk dia bertaubat dari kemaksiatannya sedangkan pelaku bid’ah sulit untuk bertaubat daripada bid’ahnya.” (Syarhus Sunnah dan al-Lalika’i dalam Syarh Ushul al-I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, no. 23)

Amat menyedihkan, semangat mereka untuk menyebarkan ajaran Islam tidak berlandaskan dari petunjuk salafus ummah. Para ulama salaf telah memberikan peringatan bahawa agama ini ilmu, maka harus selidiki dari manakah sumbernya, apatahlah lagi mahu menyebarkannya pada umum.

Hal ini terbukti sepertimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ibnu ’Umar radhiyallaahu ’anhuma :

يا بن عمر دينك دينك انما هو لحمك ودمك فانظر عمن تأخذ خذ عن الذين استقاموا ولا تأخذ عن الذين مالوا

”Wahai Ibnu ’Umar, agamamu! Agamamu! Ia adalah darah dan dagingmu. Maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang istiqamah (terhadap sunnah), dan jangan ambil dari orang-orang yang melenceng (dari sunnah)” (Al-Kifaayah fii ’Ilmir-Riwayah oleh Al-Khathib hal. 81, Bab Maa Jaa-a fil-Akhdzi ’an Ahlil-Bida’ wal-Ahwaa’ wa Ihtijaaj bi-Riwayaatihim, Maktabah Sahab).

Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu ’anhu ketika berada di masjid Kuffah (Iraq) pada suatu hari pernah berkata :

انظروا عمن تأخذون هذا العلم فإنما هو الدين

”Lihatlah dari siapa kalian mengambil ilmu ini, kerana ianya adalah dien/agama”

Muhammad bin Sirin (seorang pembesar ulama tabi’in) berkata :

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

”Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah dari siapakah kalian mengambil agama kalian” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam muqaddimah kitab Shahih-nya 1/7 Maktabah Sahab).

Dari perkataan di atas kita dapat simpulkan Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam serta para shahabat dan tabi’in (serta ulama lain setelah mereka)sentiasa memperingatkan agar kita mengambil ilmu dari orang yang alim, ’adil (terpercaya dalam agamanya) dan istiqamah, serta melarang mengambil ilmu dari orang-orang jahil dan fasiq. Imam Malik bin Anas menambahkan : ”Ilmu tidaklah diambil dari empat orang :

من سفيه معلن بالسفه وإن كان أروى الناس ولا تأخذ من كذاب يكذب في أحاديث الناس إذا جرب ذلك عليه وإن كان لا يتهم ان يكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا من صاحب هوى يدعو الناس الى هواه ولا من شيخ له فضل وعبادة إذا كان لا يعرف ما يحدث

”(1) Orang yang bodoh yang menampakkan kebodohannya meskipun ia banyak meriwayatkan dari manusia; (2) Pendusta yang ia berdusta saat berbicara kepada manusia, meskipun ia tidak dituduh berdusta atas nama Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam (dalam hadis); (3) Orang yang menurutkan hawa nafsunya dan mendakwahkannya; dan (4) Orang yang mempunyai keutamaan dan ahli ibadah, namun ia tidak tahu apa yang dikatakannya (yaitu tidak faqih)” (Al-Kifaayah 1/77-78).

Manusia pada zaman ini hanya mengukurkan seseorang itu berilmu dengan hanya pakaiannya yang berjubah berserban, mendapat gelaran seperti ulama, syaikh, ustaz/ustazah atau sebagainya tanpa ada kayu ukur iaitu “memeriksanya” apakah ilmu ang didapatkan itu selari dengan al Quran dan as Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh. Semoga Allah berikan kita petunjuk yang haq supaya kita meniti diatas jalan yang haq, Allahuma ameen..

Ditulis pada pagi 15 Zulkaedah1436H yang mulia,
Abu az Zubair

 
Tinggalkan komen

Posted by di Ogos 30, 2015 in Manhaj, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: