RSS

Andai sudah tiba panggilanNya…

31 Dec

Pagi ini, aku bangun dengan linangan air mata..

entah kenapa…

perkataan yang seringkali berulang di dalam kotak fikiranku,

“kematian sentiasa mengintaimu dari jendela..”

aku sebak…

mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian dunia yang melekakan..

sehinggakan lupa untuk duduk bersimpuh dihadapan Allah.

memuji kebesaranNya..

memohon keampunanNya..

mengingat kembali nikmat-nikmatNya yang sentiasa mengalir tanpa henti..

sejak kebelakangan ini,

sering juga aku bermimpi menziarahi saudara-saudaraku, rakan-rakan sepermainan ku dulu, guru-guruku yang sudah tiada di alam ini…

mungkin juga Allah ingin mengingatkanku.

kematian itu akan hadir pada bila-bila masa sahaja.

adakah berbaloi kesibukan ini jika pengakhirannya hanyalah di neraka?

adakah berbaloi jika kesibukan ini tiada redha dan rahmat disisi Allah?

naudzubillahi minzalik..

terkadang, kesibukan ini membuatkan kita terlupa tujuan asal penciptaan kita.

terkadang kita lupa bahawa masa ini adalah milik Allah, bukan milik kita sepenuhnya.

juga kita selalu terlupa bahawa kehidupan kita ini disusun oleh Allah.

kita tiada hak dan kuasa untuk menyusun hari-hari kita sepenuhnya.

kalau Allah hendak matikan kita,

bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali HaqNya.

Rugilah, jika masa yang sekejap ini pengakhirannya bukan di Syurga.

kerana kemenangan yang sebenar bukanlah apabila cita-cita kita tercapai seperti mendapat kerja yang professional, bergelar Dr. , dan sebagainya.

Tetapi kemenangan yang sebenar adalah apabila saat kaki kita bertapak di Syurga ALLAH SWT..

Terngiang-ngiang kembali Surah Al-Imran ayat 185 yang bermaksud :

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu…”

Ya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya..Aku merayu padaMu Ya Allah..janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan orang-orang yang rugi…Tempatlah aku bersama golongan-golongan yang membela agamaMuYang membela dari pendustaan kaum yang membenci dan yang cuba merosakkan agamaMU..Ya Rabbku terimalah segala amalan-amalanku dan kabulkan doa hambaMu yang faqir ini..

Allahumaameen…

“Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang yang berusaha membaiki amalannya.” (QS. Al-‘Ankabut:69)

Abu az-Zubair al Barlisi

kematian

 
Tinggalkan komen

Posted by di Disember 31, 2015 in Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: