RSS

Tangisan Sepohon Kayu

28 Jan

ayer-lake1

Hadis tentang tangisan sebatang pohon kurma termasuk hadis yang masyur dan tersebar luas. Riwayatnya mutawatir yang dikeluarkan oleh para ahlu hadis dan diriwayatkan oleh sebahagian para sahabat diantaranya Ubai ibn Ka’ab, Jabir ibn Abdullah, Anas ibn MAlik, Abdullah ibn Umar, Abdullah ibn Abbas, Sahl ibn Saad, Abu Said al Khudri, Buraidah, Ummu Salamah dan Muthalib ibn Abi Wadda’ah. Semuanya menceritakan riwayat yang semakna dengan hadis ini.

Diantara hadis yang menceritakan tentang tangisan sebatang pohon kurma itu ialah saat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkhutbah disamping kayu itu pada hari Jumaat. Kisah ini sangat masyur dikalangan para sahabat.

Ibn Umar radiyallahu anhu menceritakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkhutbah di samping sepohon kayu. Pada saat beliau dibuatkan mimbar, beliaupun menggunakan mimbar, maka menangislah kayu itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun mendatangi dan mengusap kayu itu dengan tanganya kepada kayu itu.” (HR Bukhari)

Jabir ibn Abdillah radiyallahu anhu mrnceritakan kepada kami seraya berkata, “Dahulu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada hari JUmaat berdiri disamping sepohon kayu atau pohon kurma, lalu seorang wanita dari kalangan Anshar berkata : ‘Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mahukah engkau kami buatkan sebuah mimbar?’ Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : ‘(Jika kamu mahu buatlah),’  lalu mereka membuatkan mimbarnya.

Pada saat hari Jumaat tiba beliau shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju mimbar, maka menjeritlah pohon kurma seperti tangisan bayi, Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun turun kemudian memeluk kayu itu yang merintih seperti anak yang masih kecil.

Jabir radiyallahu anhu berkata, “Pohon kurma itu menangis kerana kebiasaannya dahulu mendengar zikir yang diucapkan disisinya.” (HR Bukhari)

Dari Anas ibn Malik radiyallahu anhu, ia berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkhutbah di samping sepohon kayu. Pada saat itu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dibuatkan sebuah mimbar. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke mimbar itu, lantas kayu itu menjerit, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun mendatanginya dan memeluknya. Kayu itu pon diam. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Seandainya aku tidak memeluknya, ia akan tetap menjerit sehingga hari kiamat.” (HR Ibnu Majah dan disahihkan oleh Imam al Albani dlm Sahih Ibn Majah)

Al Hafiz Ibn Hajar berkata, “Sesungguhnya tangisan sepohon kayu dan terbelahnya bulan dinukil dari keduanya dengan banyaknya nukilan, yang memberikan faedah secara pasti bagi para imam ahli hadis yang meneliti jalan-jalan tersebut.” (Fathul bari 6/685)

Ibnu Kathir berkata ,” Sesungguhnya perkataan (Imam Syafie) bahawa ini lebih besar darinya, kerana sepohon kayu bukanlah makluk hidup (seperti manusia) dan bersamaan itu pula terdapat padanya perasaan dan cinta tatkala beliau berpindah darinya kepada mimbar, lalu menangis seperti suara tangisan unta yang hamil, sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam turun dari mimbar lalu memeluknya.” (Bidayah wa Nihayah 6/276)

Dahulu tatkala al-Hasan menceritakan hadis ini, ia menangis seraya berkata , “ Wahai ma’asyiral muslimin, sepohin kayu menajgis kerana rindu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka kamu lebih layak untuk merindukan perjumpaan dengannya…”

“Ya Allah, kukuhlah iman kami. Berikan kami kekuatan untuk menjalankan perintah Mu dan menjauhi laranganMu sesuai dengan apa yang Engkau dan RasulMu perintahkan, jadikan kami sebahagian dari golongan yang telah Engkau janjikan kemenangan di dunia dan di akhirat..ameen Alllahuma amen…”

Wa’Allahu’alam..

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 28, 2016 in Hadith, Nasihat

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: